Life

.: Challenge Begins :.

The minute that you giving up, think of the reason why you held on for so long.

Diuji dengan nikmat kesihatan. Hampir seminggu demam, batuk dan selsema. Bibir kering dan hilang nikmat bersuara untuk tempoh seketika. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Kehidupan perlu optimis. Optimis pada keadaan sekeliling walau kadang penuh ujian dan halangan. Siapa saja yang tidak pernah diuji? Hatta orang yang kurang siuman juga diuji, diuji kerana ketidak siumannya.

Hampir sebulan bekerja. Alhamdulillah, everything goes smoothly. Dapat adapt environment bekerja dengan baik. Dan persekitaran juga baik. Pasti ada yang tertanya-tanya, sudah bekerja ke sekarang? Meh sini, saya menjawab persoalan dengan baik. InshaAllah.

Kenapa saya bekerja part time ketika ini? Kerana saya rasa satu keperluan untuk saya membiasakan diri saya dengan rentak dunia pekerjaan dan perniagaan. Supaya saya lebih memahami apa itu Organisation Behavior, Customer Behavior, Strategic Management, Economic, Marketing Strategic, Business Ethic, Financial Strategic dan lain-lain secara lebih praktikal.

Bekerja bukan satu keperluan untuk saya sekarang. Tapi itu kehendak saya sendiri. Bekerja di K.L, belajar berdikari, grooming di tempat kerja, sentiasa cuba tingkatkan keyakinan diri ketika membentang usul cadangan, perlu  bijak membahagi masa pastinya sesuatu yang berharga untuk saya ketika ini. InshaAllah, semoga untuk masa akan datang saya lebih berwawasan dan berdaya saing. Gaji merupakan side income untuk menampung perbelanjaan. Pekerja Kontrak sahaja, gaji RM800/month alhamdulillah banyak membantu.

Alam pekerjaan ini pada awalnya adalah alam dilemma bagi bakal graduan. Begitu juga ketika hari pertama saya bekerja. Tapi, berbekalkan ilmu dan tajdid niat kita InshaAllah segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya. Percayalah, jangan mudah putus asa atau menyerah kalah pada situasi di sekeliling anda. Belajar,belajar dan terus belajar. Kuatkan semangat dan yakinlah Allah sentiasa ada bersama dengan kita walau apapun keadaan kita. 🙂 😉 😀

“All the adversity I’ve had in my life, all my troubles and obstacles, have strengthened me… You may not realize it when it happens, but a kick in the teeth may be the best thing in the world for you.

 

Challenge Begins~~

Believer 😀

 

Advertisements