Miracle Of Life ^^,

Tadi, seusai siap segala kerja pejabat saya termenung seketika menjengah luar tingkap pejabat. Merenung rumah sewa a.k.a bilik sewa yang hanya bersebelahan dengan pejabat. Hati berdetik “Allah, sampai sini langkahku. Hari ini aku disini, di tempat yang tidak pernah aku terfikir. Keadaan yang tidak pernah aku jangkakan. Allah, inilah ketentuanMu kepadaku. Inilah aturan hidupku yang pasti yang terbaik untukku.”

Diam dan merenung. InshaAllah, saya sedang merancang kehidupan semoga segalanya semakin membaik dan masa depan lebih terjamin. Saya merancang, Allah juga merancang dan yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik.

Siapa sangka, saya sendiri tidak menyangka bahawa inilah perjalanan kenyataan kehidupan yang perlu saya tempuhi. Disini saya saat dan ketika ini. Allah, inilah yang dikatakan miracle of life. Kehidupan yang ajaib.

Hidup penuh dengan kejutan. Bunyi seperti tidak mengujakan. HIDUP PENUH DENGAN SUPRISE! Yes, pasti anda juga rasa momentumnya seperti saya ketika ini. Suprise yang mengujakan kita. Rasa teruja pada kebaikan dan cuba sehabis baik untuk kehidupan ini agar menjadi bekalan di akhirat nanti. Walau apapun yang kita hadapi. Sedih,gembira,kecewa, patah hati. INGAT! Ada hadiah istimewa yang DIA nak bagi sebab sesuatu yang indah dan memorible adalah sesuatu yang kita dapat secara SUPRISE!.

Alhamdulillah.Hari ini saya disini. Berjuang untuk kehidupan yang lebih baik. Mendidik diri menjadi lebih baik. Menjadi muslimah yang unggul. Terima kasih yang Allah.

Untuk Nur Sayang (●^o^●)

Sayang Nur.

Bila belajar, belajar bersungguh-sungguh

Bila bekerja, kerja bersungguh-sungguh

Walau apapun cabaran dan dugaan yang datang menjengah,tetapkan pendirian kukuhkan azam tingkatkan kesabaran

Tajdid niat sesungguhnya. Hanya kerana 1, kerana DIA

Andai tajdid niatmu kuat, pasti kau mampu mengharungi segala halangan itu

Dan kerana tajdid niatmu itu, saham di akhirat nanti.

Andai tidak betul tajdid niatmu, sia-sialah usahamu bagai debu berterbangan.

Sungguh,DIA sudah berjanji. Janji siapa yang pasti kecuali janji-Nya.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)

Sungguh, bertahan dan bersiaplah.

Love; Nur

Looking out a window