Inspiration, Life, Sharing

I Love you Daddy :’)

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Salam’ alaikum…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Disebalik pengorbanan seorang emak, tersembunyi juga kisah pengorbanan abah. Jarang sekali kita melihat kisah pengorbanan seorang ayah menjadi tajuk utama dalam setiap majlis-majlis ilmu, artikel,majalah dan sebagainya. Ada, cuma tidak sebanyak pendedahan pengorbanan seorang insan yang bernama emak.

Abah bagi saya seorang insan yang sangat super duper double triple super saiya!! hehe. Mengapa? Bagaimana? Di mana?

Soalan : Mengapa,bagaimana,di mana abah saya seorang super duper double triple super saiya?

Jawapan : Kerana abah seorang peyelamat dan pelindung anak-anak dan isteri di rumah. Abah berkerja keras untuk memenuhi segala keperluan seisi rumah. Pengorbanan abah seperti tidak nampak kerana abah pandai menyembunyikan rasa penat,lelah itu disebalik muka yang cool dan bersahaja. Resah di hati abah tak kala tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak dan isteri disembunyi dengan amat teliti sekali.Pasti, disebalik wajah cool dan seperti tidak ambil kisah itu tersembunyi rasa sedih yang mengunung. Abah juga pandai menyimpan hasrat yang tersembunyi di hati. Bukan sekadar hasrat, perasaan juga disimpan kemas di dasar hati. Di sebalik bangga dan gembira seorang emak melihat anak-anaknya berjaya seakan terbukti dengan juraian air mata, tapi abah meluahkan rasa bangganya dengan sekadar 1 sentuhan erat di bahu sang anak dan pelukan sementara di dada. Namun, jauh di dalam hati abah berkata sebegini “abah bangga denganmu nak”. T_T

Mungkin semasa di pejabat, abah berdepan dengan situasi yang tertekan. Rakan sekerja tidak memahami, tekanan kerja yang banyak, dan sebagainya tapi abah begitu tabah dan kuat. Sakit pening abah kadang seperti disembunyikan kerana amat jarang abah berdepan dengan masalah kesihatan. Mungkin juga abah dibebani dengan pelbagai permasalahan tapi abah berjaya menyembunyikan dari pengetahuan anak-anak dan isteri.

kadang, saya sendiri tidak mahu memandang tepat pada mata abah. Kenapa? Kerana mata abah tersembunyi pelbagai kisah suka duka, perasaan yang begitu mendalam. Sarat sangat dengan perasaan yang tidak terungkap. Terlalu mendalam sehinggakan pada saat ini, abah adalah sebuah anugerah yang tiada nilainya dari Allah. Kasih abah sayang abah membuatkan abah sanggup lakukan apa sahaja untuk membentuk sebuah keluarga yang bahgia dan selesa.

Ayuh kita fikirkan sejenak “apakah yang dilakukan oleh abah ketika ini? Sakit atau sihatkan abah? Gembira atau sedihkah abah?

Abah bagi saya, sosok insan yang sememangnya dianugerah oleh Allah untuk mempunyai kekuatan membimbing dan mengemudi pelayaran sesebuah keluarga. Seorang yang kuat hati dan perasaannya untuk bekerja keras memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak dan isteri. Seorang yang sabar dan cekal dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam membina sebuah keluarga yang bahgia sehinggakan super duper double triple super saiya ini jarang sekali kita nampak titis air matanya membasahi pipi dan jatuh ke bumi. Tapi percayalah, di dalam hati seorang abah itu,sudah cukup sarat dengan pelbagai perasaan yang tulus dan ikhlas demi kasih dan sayangnya kepada anak-anak dan isteri.
Namun, masih ada lagi anak-anak pada zaman sekarang TIDAK memahami akan hakikat ini.

——————————————————————-

There are no perfect fathers.
But a father will always love perfectly.

Abah, saya amat menyayangimu kerana Allah.
Terima kasih atas pengorbananmu selama ini.
Moga diSANA nanti, pintu syurga sudah terbuka untuk menunggu kehadiranmu. T_T

Advertisements
Inspiration

Miracle Of Life ^^,

Tadi, seusai siap segala kerja pejabat saya termenung seketika menjengah luar tingkap pejabat. Merenung rumah sewa a.k.a bilik sewa yang hanya bersebelahan dengan pejabat. Hati berdetik “Allah, sampai sini langkahku. Hari ini aku disini, di tempat yang tidak pernah aku terfikir. Keadaan yang tidak pernah aku jangkakan. Allah, inilah ketentuanMu kepadaku. Inilah aturan hidupku yang pasti yang terbaik untukku.”

Diam dan merenung. InshaAllah, saya sedang merancang kehidupan semoga segalanya semakin membaik dan masa depan lebih terjamin. Saya merancang, Allah juga merancang dan yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik.

Siapa sangka, saya sendiri tidak menyangka bahawa inilah perjalanan kenyataan kehidupan yang perlu saya tempuhi. Disini saya saat dan ketika ini. Allah, inilah yang dikatakan miracle of life. Kehidupan yang ajaib.

Hidup penuh dengan kejutan. Bunyi seperti tidak mengujakan. HIDUP PENUH DENGAN SUPRISE! Yes, pasti anda juga rasa momentumnya seperti saya ketika ini. Suprise yang mengujakan kita. Rasa teruja pada kebaikan dan cuba sehabis baik untuk kehidupan ini agar menjadi bekalan di akhirat nanti. Walau apapun yang kita hadapi. Sedih,gembira,kecewa, patah hati. INGAT! Ada hadiah istimewa yang DIA nak bagi sebab sesuatu yang indah dan memorible adalah sesuatu yang kita dapat secara SUPRISE!.

Alhamdulillah.Hari ini saya disini. Berjuang untuk kehidupan yang lebih baik. Mendidik diri menjadi lebih baik. Menjadi muslimah yang unggul. Terima kasih yang Allah.