I Love you Daddy :’)

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Salam’ alaikum…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Disebalik pengorbanan seorang emak, tersembunyi juga kisah pengorbanan abah. Jarang sekali kita melihat kisah pengorbanan seorang ayah menjadi tajuk utama dalam setiap majlis-majlis ilmu, artikel,majalah dan sebagainya. Ada, cuma tidak sebanyak pendedahan pengorbanan seorang insan yang bernama emak.

Abah bagi saya seorang insan yang sangat super duper double triple super saiya!! hehe. Mengapa? Bagaimana? Di mana?

Soalan : Mengapa,bagaimana,di mana abah saya seorang super duper double triple super saiya?

Jawapan : Kerana abah seorang peyelamat dan pelindung anak-anak dan isteri di rumah. Abah berkerja keras untuk memenuhi segala keperluan seisi rumah. Pengorbanan abah seperti tidak nampak kerana abah pandai menyembunyikan rasa penat,lelah itu disebalik muka yang cool dan bersahaja. Resah di hati abah tak kala tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak dan isteri disembunyi dengan amat teliti sekali.Pasti, disebalik wajah cool dan seperti tidak ambil kisah itu tersembunyi rasa sedih yang mengunung. Abah juga pandai menyimpan hasrat yang tersembunyi di hati. Bukan sekadar hasrat, perasaan juga disimpan kemas di dasar hati. Di sebalik bangga dan gembira seorang emak melihat anak-anaknya berjaya seakan terbukti dengan juraian air mata, tapi abah meluahkan rasa bangganya dengan sekadar 1 sentuhan erat di bahu sang anak dan pelukan sementara di dada. Namun, jauh di dalam hati abah berkata sebegini “abah bangga denganmu nak”. T_T

Mungkin semasa di pejabat, abah berdepan dengan situasi yang tertekan. Rakan sekerja tidak memahami, tekanan kerja yang banyak, dan sebagainya tapi abah begitu tabah dan kuat. Sakit pening abah kadang seperti disembunyikan kerana amat jarang abah berdepan dengan masalah kesihatan. Mungkin juga abah dibebani dengan pelbagai permasalahan tapi abah berjaya menyembunyikan dari pengetahuan anak-anak dan isteri.

kadang, saya sendiri tidak mahu memandang tepat pada mata abah. Kenapa? Kerana mata abah tersembunyi pelbagai kisah suka duka, perasaan yang begitu mendalam. Sarat sangat dengan perasaan yang tidak terungkap. Terlalu mendalam sehinggakan pada saat ini, abah adalah sebuah anugerah yang tiada nilainya dari Allah. Kasih abah sayang abah membuatkan abah sanggup lakukan apa sahaja untuk membentuk sebuah keluarga yang bahgia dan selesa.

Ayuh kita fikirkan sejenak “apakah yang dilakukan oleh abah ketika ini? Sakit atau sihatkan abah? Gembira atau sedihkah abah?

Abah bagi saya, sosok insan yang sememangnya dianugerah oleh Allah untuk mempunyai kekuatan membimbing dan mengemudi pelayaran sesebuah keluarga. Seorang yang kuat hati dan perasaannya untuk bekerja keras memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak dan isteri. Seorang yang sabar dan cekal dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam membina sebuah keluarga yang bahgia sehinggakan super duper double triple super saiya ini jarang sekali kita nampak titis air matanya membasahi pipi dan jatuh ke bumi. Tapi percayalah, di dalam hati seorang abah itu,sudah cukup sarat dengan pelbagai perasaan yang tulus dan ikhlas demi kasih dan sayangnya kepada anak-anak dan isteri.
Namun, masih ada lagi anak-anak pada zaman sekarang TIDAK memahami akan hakikat ini.

——————————————————————-

There are no perfect fathers.
But a father will always love perfectly.

Abah, saya amat menyayangimu kerana Allah.
Terima kasih atas pengorbananmu selama ini.
Moga diSANA nanti, pintu syurga sudah terbuka untuk menunggu kehadiranmu. T_T

.: Father <3 Daughter Discussion :.

Abah, Abby (Adik form 5 next year) dan saya…

Disebabkan keadaan rumah yang tengah mood sambut menantu, abah nampak “semacam” sikit. Mungkin kerana akan melepaskan salah seorang anak gadisnya tidak lama lagi atau mungkin juga tak sabar untuk tambah ahli “geng tengok bola” tidak lama lagi. Walau apapun, inilah kisah yang baru terjadi sebentar tadi.

Tadi, hanya tinggal kami bertiga di rumah. Mak, aina, dedek + menantu pergi butik andaman, kakak + abang bekerja. Kesempatan yang ada, kami berborak sesama sendiri.

Aduhai ayah...

Aduhai ayah…

Abby : Kalau abby nak kahwin,abby rasa nak booking butik kat sarawak lah abah.

Abah : Abby, lameee lagi abby nak kahwin. Bukan main lagi perancangan. Abby, kalau nak kahwin kena ada ijazah dulu. Kalau abah tengok ada 1 je tanda kat Fb abby ber”couple” SIAP!. Abah tak kan bayar broadband.

Saya : Yeay! Maksudnya saya dah boleh kawen lah tahun depan? haha.. Saya kan dah ada ijazah

Abah : Awak kalau nak kahwin, kena dapatkan Master dulu.

Abby : Laa…xpelah. Baik kahwin cepat. Cari yang Halal.

Saya : Amboi, bukan main lagi abby. Advance!

Abah : Walau apapun, ingat pesan Abah. Belajar,kerja, kukuhkan kewangan. Cepat atau lambat, pastikan bersedia tanggung amanah.

————————————————————-

Seusai abah sebut amanah, terus terdiam. Abah pun terus bangun dari meja persidangan a.k.a meja dapur. Abby pulak sibuk dengan “shake”nya.

Betul cakap abah. Nak kahwin, semua orang boleh berkahwin. Tapi adakah sudah bersedia untuk galas amanah yang akan dititipkan seusai akad dilafazkan. Suami diberi amanah menjaga isteri, anak-anak, keluarga, nafkah dan sebagainya. Begitu juga amanah yang akan dipikul oleh isteri. Bagaimana pula amanah dalam didikan agama. Seimbang dunia dan seimbang juga akhiratnya.

Allahurabbi.

Abah, terima kasih atas pesanan ringkasmu.

Aku amat mengerti, sampai saatnya nanti. Saat dimana engkau menjadi Wali ku, kau sangat sukar melepaskan aku pergi. Berat untuk engkau alihkan tanggungjawab atas diriku kepada sosok insan lain setelah berjuta-juta pengorbanan engkau curahkan kepadaku. :’)

I LOVE YOU.

You know how much you mean to me??

You know how much you mean to me??

Friendships ^^,

Bila kita berbicara dengan persahabatan, pasti ada saja kenangan yang akan kita ingatkan. Susah senang suka duka. Saya ada seorang kawan yang sememangnya dari sekolah kami selalu bersama. Walaupun beberapa tahun lepas kami dipisahkan untuk mengejar cita-cita tapi bukan jadi penghalang untuk kami kekal bersama sekiranya ada kesempatan. Tak kiralah cuti semester, cuti perayaan ataupun cuti hujung minggu sekiranya kami berada di Banting bersama.

Tipulah kalau saya kata persahabatan kami tidak pernah diuji. Tapi, entahlah saya sendiri mushkil pernahkah persahabatan kami diuji sehinggakan kami saling bermasam muka ataupun terputus hubungan untuk sementara. Sejujurnya saya rasa tidak pernah sama sekali. Mungkin sikap keterbukaan kami berdua membuatkan kami sentiasa tenang dan senang bersama.

Baru-baru ini, kami merancang untuk kerja part time bersama-sama di salah satu syarikat di Desa melawati. Alhamdulillah kami berdua berjaya dalam temu duga dan diterima bekerja. Selepas temu duga kami pun merancang untuk mencari rumah atau bilik sewa di flat yang berdekatan. Sementara menunggu sahabat lagi seorang yang sedang bekerja di syarikat yang sama kami menghabiskan masa yang ada merancang perjalanan kehidupan kami di sana kelak.

Alhamdulillah, urusan pada hari tersebut dipermudahkan. Kami memilih untuk menyewa bilik kerana harga sewa lagi murah dan faktor yang penting kami dapat menyewa bilik di rumah salah seorang ustazah yang mengajar di sekolah yang berdekatan. Cumanya ketika hari kejadian ustazah tersebut terlalu sibuk dan meminta kami untuk datang ke rumahnya keesokan hari untuk berbincang dan melihat kondisi rumah tersebut.

Esoknya kami decide untuk pergi ke Desa Melawati semula dengan menggunakan kereta. Sebelumnya kami menggunakan public transport. Awalnya perjalanan dipermudahkan sehinggalah kami sampai di pusat bandar Kuala Lumpur. Allah, jalan yang jammed dan signboard yang pelbagai menyebabkan kami sesat. 2,3 kali pusing di tempat yang sama. Bayangkan bertolak dari rumah pukul 3 p.m, sampai pukul 8.30 p.m kami masih belum sampai dan berpusing-pusing di tempat yang sama. Temu janji dengan tuan rumah antara pukul 5 p.m – 9 p.m.

Kami rasa mustahil untuk sampai ke Desa Melawati dalam kondisi kami yang mula pening dan jammed yang teruk menyebabkan minyak kereta cepat habis dan langsung ketika itu kami tidak melihat bayang stesen minyak. Mula risau. Telefon tuan rumah, minta maaf dan terangkan kondisi kami yang sebenar. Atas budi bicara tuan rumah, dia benarkan untuk kami masuk rumah terus pada hari ahad nanti. Alhamdulillah. Walaupun pasti terbit rasa kecewa dalam diri masing-masing tapi entah kenapa sahabat saya ini langsung tidak berubah air muka. Masih tetap sama dan rancak berbual ketawa.

Jujur, di dalam hati saya. Saya mulai risau. Dengan keadaan yang seperti tiada arah tujuan, menempuh jammed yang panjang, minyak kereta yang sedikit, stesen minyak yang tidak kelihatan pasti amarah atau mimik muka kecewa mudah terpamer dan emosi berubah sedikit. Alhamdulillah saya dikurniakan sahabat yang saya rasa cukup baik dan tenang untuk menempuh keadaan tertekan seperti itu.

Dan, saya belajar sesuatu ketika itu. Sahabat yang baik akan bersama-sama dengan kita walau apapun keadaan. Sahabat yang baik akan membantu mengurangkan resah gundah di hati kita. Sahabat yang baik tidak akan mudah melatah ketika diuji. Sahabat yang baik akan membuatkan sahabatnya tenang tenteram walau tekanan melanda dan sahabat yang baik akan sentiasa memastikan sahabatnya berasa aman ketika bersama. Tidak saling mudah salah menyalahkan, tidak saling mudah berkeluh kesah dan tiada kata-kata negatif yang dilemparkan.

Untuk mendapat sahabat yang baik juga, kita mesti meraikan kekurangan dan kelebihan sahabat kita. Saling give and take. Saling menyayangi dan yang paling penting saling mendoakan satu sama lain.

Sahabat Saya : Rika Bt Selamat (2004 until Jannah InshaAllah)

To all my dearest akhawat fillah ❤

Butterfly ^^,

Smile. Happy. Relax.

Where does the dark days? The loss is not recognized. Go is not impressive anymore.

Alhamdulillah. Finally, the black moments in the past.

Sure. Everyone certainly been tested with different types of trials. All municipalities.

However, the sign of the favor of Allah on His slaves is often misconstrued as damage, be misconstrued as the last stop for the faint of life intelligence and soul.

No, I will not ever blame them. Weakness is a ‘member’ man, there were imperfections ‘nickname’ them.

Previously, there was a story about a butterfly. Often I narrate this story going down their grief.

With this story of art, there were bit of hope to insert a piece of strength for the weak.

Indeed, I was not able to sing the song ‘Lost’ to whip back their spirit, I also can not prescribe medication to get rid of the bad memories, but I will not likely have the magic power to change destiny if not themselves the want to rise changed everything.

Butterfly symbolic enough for me. It is the epitome of the struggle of life. It flies flying wing colors are beautiful and mesmerizing each eye of the beholder.

However, this butterfly was once nothing more than a caterpillar.

Yes, a caterpillar that is despised, considered pests and are often shunned.

However, it then turned into a cocoon before transformed into a beautiful butterfly.

Moth story true story, not engineering or fairy tale full of fantasy but rather a logical theory, a scientific story.

Ever, there is a group of scientists are studying butterflies. They carefully observe the process of how a butterfly out of the cocoon.

It looks like a hardship, tortured to extract themselves.

For many hours, this butterfly try, try, and keep trying to get out of the little cocoon.

Finally, it worked. This moth flew into here and there seems to be celebrating his freedom.

These young scientists then turned to other butterflies.

They agreed to help produce this butterfly from the cocoon by cutting the cocoon.

This worked Butterfly go out easily.

However, do not you know what happened with this butterfly?

No, it is not dead. It is alive, it continued to survive in a lifetime disabilities.

It is unable to fly, will never be able to fly like mourners. Is not this more unfortunate?

Apparently, all the difficulties and hardships while trying to escape that which gives strength for a butterfly to fly.

In fact, what does not kill us that’s what this life hold. We will not know before through miserable happy, do not know understand the meaning of love before hate, appreciate not smile without painful tears.

This life cycle needs to be fully, rise and fall, ups and downs, destiny and karma. Of course, these words often we hear everywhere, “all that happens is certainly no good comes from it”.

These are not empty words are false. Not. But do not ask me, when and how?

But be patient. Tears are not immortal, dry one day. Believe me, there is definitely a miracle.

And Allah has full knowledge of all that happened.

Once Upon a day ~

Sharing Time..
Once upon a day, i was asked by an ustazah
“apakah nikmat yang anda dapat, tapi anda tak mintak?”
I had answered several like the ability to see, talk, touch, think, etc.. and then she added
“Islam”
“Adakah awak mintak dilahirkan sebagai seorang islam? ada awak mintak dilahirkan di sini?”
MasyAllah.

Nikmatnya…
Allah swt memang Maha Penyayang.

I have taken that nikmat for granted.
and now, i hope that you brothers and sisters (who are reading this) to please..
Bersyukur.
#Alhamdulillah…#